Jumaat, 28 Januari 2022

ANAK KELANTAN TERIMA ANUGERAH PELANCONGAN SEOUL

 
Terima kasih Seoul di atas penghormatan dan penganugerahan pingat Anugerah Utama Pelancongan Seoul. Ini adalah penghormatan awam yang kedua saya terima (selepas Anugerah Rakyat Kehormat Seoul 2020) dari pihak Pemerintah Tertinggi Seoul. Ini adalah satu penghormatan besar bagi diri saya.

Terima kasih Seoul kerana menghargai usaha saya dan isteri dalam menjadikan dan mempromosikan Seoul sebagai sebuah Metropolitan Global yang mesra muslim dengan mengenengahkan pelancongan halal dan menjadi salah satu duta kecil yang menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan.

Saya ingin merakamkan rasa syukur kepada Allah dan berbanyak terima kasih kepada semua yang selalu memberi semangat dan sokongon kepada saya terutamanya keluarga saya di Malaysia, guru-guru, sahabat-sahabat, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia Seoul terutamanya Pengarah Tourism Malaysia Seoul, En Din, Naib Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Seoul, dan lain-lain. Tanpa sokongan anda semua anugerah ini tidak akan dicapai.

Nota kaki:

1. Ini adalah Anugerah Awam daripada Datuk Bandar Seoul yang dianugerahkan berdasarkan Warta Peranugerahan Pingat Undang-Undang Tubuh Metropolitan Seoul, warta ke-7782 (dikuatkuasa pada 31.12.2020 )

2. Majlis peranugerahan yang sepatutnya disempurnakan oleh Datuk Bandar Seoul pada 09 Dis 2021 lepas akhirnya terpaksa dibatalkan disebabkan kes omicron dan hanya pingat yang dihantar. Keselamatan rakyat yang lebih utama.

3. Sebahagian pautan berita dari surat khabar utama tentang anugerah ini seperti di bawah. Jarang-jarang muka tertampal kat berita Korea rasa seronok juga.

Tajuk berita: Rakyat kelahiran Malaysia Mr. Ismail terima Anugerah Utama Perlancongan Seoul.

https://www.mk.co.kr/news/business/view/2021/12/1133977/

https://www.yna.co.kr/view/AKR20211213135000004

https://www.hankyung.com/economy/article/202112145810Y

https://news.zum.com/articles/72548717

https://www.seoul.co.kr/news/newsView.php?id=20211215027026

https://www.asiae.co.kr/article/2021121317174854585

http://www.aseanexpress.co.kr/news/article.html?no=7317

 Maassalamah.

Muhamad Khalid Bin Ismail
28 Januari 2022 / 25 Jamadilakhir1443
Seoul, Korea Selatan

Sumber: FB Muhamad Khalid Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan