Cerita
Mat Jenin berkisar tentang anak muda bernama Mat Jenin yang digambarkan kuat berangan-angan
yang dianggap tidak masuk akal dan hanya impian kosong.
Sebenarnya
ada pengajaran atau nilai baik berkaitan kisah Mat Jenin jika dilihat dari
sudut positif.
Mat Jenin digambarkan sebagai pemuda yang rajin. Dia sanggup melakukan apa
sahaja pekerjaan asalkan mendatangkan rezeki. Kerja yang sering dilakukan oleh
Mat Jenin ialah sebagai pemanjat pokok kelapa untuk menyara hidupnya sebatang
kara.
Berlatarkan
ketika memanjat pokok kelapa itulah kisah Mat Jenin dikembangkan sehingga
mencapai puncak dia terjatuh dari atas pokok kelapa.
Kemalangan itu menyebabkan Mat Jenin meninggal yang digambarkan sebagai kesan
buruk akibat kuat berangan-angan. Sebab itu orang tidak mahu berangan-angan dan
takut mati beragam yang niat atau cita-citanya tidak tercapai.
Sebenarnya,
jika dihalusi cerita Mat Jenin, ada unsur yang sepatutnya dijadikan contoh.
Untuk melihat kebaikan atau contoh baik sikap Mat Jenin, di sini diperturunkan
sebahagian cerita ‘Angan-angan Mat Jenin’ yang biasa diceritakan.
Dikisahkan,
sambil memanjat pokok kelapa, Mat Jenin berangan-angan apa akan dibuat dengan
upah yang diterima, “.... duitnya aku akan gunakan untuk membeli telur ayam.
Telur ayam itu akan diramkan untuk mendapatkan anaknya. Anak ayam-ayam itu akan
membesar dan membiak. Lepas itu aku akan menjualnya untuk membeli kambing
pula...’
Begitulah
angan-angan Mat Jenin ketika sedang memanjat pokok kelapa sehinggalah dia
menjadi kaya dan berkahwin dengan anak raja. Tetapi dia mati terjatuh dari atas
pokok kelapa kerana terlepas pegang pelepah kelapa disebabkan tidak tahan geli
digeletek isterinya.
Permulaan
cerita cukup bermakna menunjukkan sikap seorang anak muda yang mempunyai
rancangan teliti untuk menjadi kaya. Dia tidak hanya berangan-angan duduk di
bawah pokok, sebaliknya dia memanjat pokok kelapa untuk mencapai impiannya.
Mat
Jenin sepatutnya dianggap ahli fikir dan perancang yang patut dicontohi. Dia
tidak mimpikan kekayaan dengan mudah. Sebaliknya dia berusaha dari peringkat
rendah dan setiap peringkat perancangannya boleh diterima akal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan