Teritip adalah hidupan laut
yang popular kerana kandungan mineralnya
yang penting.
Isi teritip mengandungi
kalsium, zink dan vitamin yang tinggi, selain kandungan kalorinya yang sangat
rendah menjadikannya diet yang sesuai untuk dimakan atau diproses untuk
dijadikan bahan tertentu seperti sos dan kosmetik.
Selain itu, kandungan zink
yang tinggi di dalam tiram juga turut dikaitkan dengan testosterone terutama
bagi kaum lelaki yang turut dihubung kait dengan faktor kesuburan, sekali gus
menjadikan tiram turut menjadi makanan pilihan kaum lelaki.
Kamus Dewan Edisi Keempat
mendefinisi teritip sebagai sejenis siput laut yang kecil (suka melekat pada
perut perahu, tiang-tiang terendam di dalam air).
Namun, istilah umum yang
digunakan dalam masyarakt, teritip merujuk kepada hdup laut yang bercengkeram
melekat pada perut perahu, tiang-tiang terendam dalam air, batu dan sebagainya
yang tidak menyebut tentang ukurannya.
Sebab itu, ada yang menyebut
terintip sebagai kerang. Ada juga mengatakan ia tiram.
Sebenarnya, teritip banyak
jenis. Dipercayai terdapat kira-kira 1,220 spesies yang diketahui. Jadi, kalau
macam-macam nama bagi teritip memang patutlah.
Kawasan berbeza akan memanggilnya
teritip, sedangkan di tempat lain pula memanggilnya dengan nama lain.
Teritip mampu bertahan
sekiranya ia terdedah kepada udara semasa air surut. Ketika itu, ia akan
menutup cangkerangnya untuk mengekalkan kelembapan badannya.
Isi teritip enak dimakan
mentah. Rasanya masim masam dengan aroma kebanyakan jenis haiwan laut.
Untuk mendapatkan isi
teritip perlu dicungkil menggunakan pisau atau benda tajam. Ada teknik tertentu
digunakan untuk mengeluarkan isi teritip.
Ada jenis teritip yang perlu
diketuk cengkerang terlebih dahulu sebelum boleh dicungkil isinya. Ada pula
kena dipukul atau di ketuk sehingga cengkerangnya pecah untuk mendapatkan
isinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan