Ahad, 18 Disember 2016

Sejarah Palang Merah

Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa (The International Committee Of The Red Cross - ICRC) merupakan persatuan sukarela antarabangsa paling aktif di dunia. 

ICRC disertai Persatuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah dari 176 buah negara di seluruh dunia.   

Untuk melaksanakan tugas kesukarelawan di seluruh dunia, ICRC yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland menubuhkan pusat wilayah dan pusat operasi di 80 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 15 ribu orang.  

ICRC diasaskan oleh Jean-Henry Dunant, seorang peniaga berbangsa Switzerland. Dia mendapat inspirasi menubuhkan ICRC setelah melihat kesengsaraan dan penderitaan dialami tentera yang tercedera akibat peperangan.

Pengalaman itu dilalui ketika bersama-sama dengan rombongan perniagannya melalui tempat bernama Solferino di utara Itali pada 24 Jun 1859.  

Tempat tersebut bekas medan peperangan besar melibatkan lebih 300,000 orang tentera Austria dan Perancis yang bertempur secara berterusan selama 16 jam.

Dalam peperangan tersebut banyak tentera mati dan tercedera. Bilangan tentera tercedera dan meninggal dianggar berjumlah lebih 40,000 orang.  

Namun, tentera yang mengalami kecederaan  tidak mendapat rawatan sewajarnya.   Mereka dibiarkan dalam keadaan tenat, kehausan dan dipenuhi lalat.  

Akibat itu, semakin banyak tentera meninggal akibat tidak mendapat rawatan. Wabak penyakit merebak dengan cepat dan terus mengacam beribu-ribu mangsa yang masih berada di situ. Bagi pihak atasan tentera menganggap perkara itu fenomena biasa setiap kali selepas pertempuran.  

Atas dasar kemanusiaan, Henry Dunant tidak meneruskan perjalanan perniagannya.   Sebaliknya dia dan rombongannya telah melakukan usaha memberi bantuan rawatan dan perkhidmatan sosial kepada mangsa peperangan. Bantuan tersebut diberikan tanpa mengira dari pihak mana tentera itu. 

Usaha murni Henry itu turut mendapat bantuan dan sokongan penduduk setempat. Usaha tersebut berjaya menyelamatkan banyak nyawa tentera tercedera yang jika dibiarkan terus tanpa bantuan mungkin akan meninggal.

Setelah pulang ke Geneva, ibu negara Switzerland, dia telah menulis sebuah buku berbentuk pengalaman bertajuk ‘A Memory of Solferino’ yang bermaksud Kenangan di Solferino. 

Di dalam buku itu dia menceritakan pengalaman apa yang dilihat dan dilakukan semasa di Solferino.  

Antara yang dicatatkan ialah mengenai pentingnya terdapat pertubuhan tetap yang terdiri sukarelawan bagi membantu mangsa perang.

Kemudian selepas itu, Henry Dunant bersama-sama beberapa orang kawan telah mengambil usaha menghubungi ketua-ketua negara di Eropah supaya menghantar wakil peringkat negara ke Geneva untuk menghadiri satu pertemuan.  

Tujuan utama pertemuan itu bagi merangka rancangan cadangan menubuhkan satu persatuan atau kumpulan bertujuan bagi memberi pertolongan kepada mereka yang cedera semasa peperangan tanpa mengira bangsa.

Berlanjutan usaha tersebut, pada 17 Febuari 1863, sebanyak 16 buah negera telah menghantar wakil ke perjumpaan yang dikenali The International Committee for Aid to Wounded Soldier (Pertubuhan Antarabangsa Untuk Membantu Tentera Cedera). 

Pada peringkat awal perbincangan turut memberi penumpuan kepada apakah lambang yang sepatutnya digunakan sebagai pengenalan kepada individu atau kumpulan yang terlibat dalam memberi bantuan kepada tentera yang cedera. Lambang ini digunakan untuk pihak tentera dan awam.  

Sebenarnya, sebelum itu Dr Lucien Baudens yang menyaksikan kes kepungan berterusan Sebastopal dalam sebuah rencana bertajuk “Revue des Deux Mondes” yang diterbitkan pada Febuari 1857, antara lain menceritakan tentang doktor dan pengusung yang ingin membantu orang yang cedera telah ditangkap dan ditembak. 

Lalu, dia mencadangkan agar satu lambang khusus digunakan oleh individu atau kumpulan yang terlibat dalam memberi bantuan untuk mudah dikenali. 

Pada pertemuan itu para wakil telah menandatangni Kovensyen Geneva yang kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan ICRC. 

Tarikh 8 Mei dijadikan hari ulang tahun penubuhan ICRC.

Baca juga



Tiada ulasan:

Catat Ulasan