Ahad, 27 Ogos 2023

PANTAI IRAMA SEMAKIN MENARIK

 
Panorama di sekitar Pantai Irama dan Bandar Bachok kini berubah wajah apabila kerja-kerja menaik taraf kawasan tersebut telah siap. Kerja-kerja menaik taraf prasarana pelancongan dan lain-lain kerja berkaitan di pantai berkenaan itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM4 juta.
 
Antara kerja menaik taraf dilakukan ialah landskap dan pencahayaan bagi keindahan dan keceriaan Bandar Bachok.
 
Tapak pasar malam dan kemudahan berkaitan di kawasan pasar malam Pantai Irama juga telah berubah lebih baik.
 
Turut dinaik taraf landskap awam Pantai Irama seperti wakaf istirehat, laluan pejalan kaki, lampu solar dan taman permainan kanak-kanak.
 
Naik taraf yang dilakukan itu menjadikan Pantai Irama sebagai tempat rekreasi dan menjadi pilihan utama kepada orang awam untuk beriadah dan menikmati suasana pantai yang cantik, bersih dan selamat.
 
Tujuan utama projek naik taraf kawasan tersebut adalah untuk menjadikan Pantai Irama sebagai satu destinasi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan