Menurut Madihah, lawatan tersebut dapat memberi maklumat yang lebih tepat mengenai permasalahan dan keadaan penduduk setempat. Selain itu, lawatan berkenaan dapat merapatkan hubungan di antara kepimpinan Pengurusan Dun dengan masyarakat di peringkat akar umbi.
"Program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pemimpin setempat," kata Madihah.
Tambahnya lagi, pemimpin setempat boleh menyerahkan segala permasalahan atau keperluan penduduk di kawasan masing-masing untuk tindakan sewajarnya daripada pihak Pengurusan Dun Tanjung Mas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan