Aktiviti yang disertai kira-kira 100 orang penduduk itu adalah sebahagian program kemasyarkatan yang sering diadakan oleh JKKKP Al-Muttaqim.
"Program ini selaras dengan peranan JKKKP yang perlu memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan yang mampu merapatkan hubungan sesama penduduk," jelas Pengerusi Pengurusan Dun Tanjung Mas, Puan Madihah Ab Azizi.
Beliau memuji JKKKP Al-Muttaqim yang bukan kali pertama melakukan aktiviti gotong-royong seumpama itu, bahkan telah banyak kali dilakukan sebelum ini.
"Saya berharap agar apa yang dilakukan oleh JKKKP Al-Muttaqim ini dapat dicontohi JKKKP lain," ujar Madihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan