Amalan gotong royong semakin dilupai. Dulu amalan gotong royong menjadi akar umbi dalam kehidupan masyakat Melayu. Boleh dikatakan semua urusan kehidupan dilakukan secara gotong royong seperti membina rumah, melakukan kerja bendang, kenduri kendara dan sebagainya.
Menyedari kebaikan kerja gotong royong yang antara lain menjimatkan perbelanjaan dan merapatkan hubungan sesama masyarakat, maka Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Beting melakukan amalan itu yang melibatkan 50 orang penduduk.
"Aktiviti ini amat penting untuk merapatkan hubungan dan kemesraan di kalangan penduduk yang terlibat," ucap seorang penduduk yang ditemui ketika melakukan kerja gotong royong membersihkan kawasan kampung.
Tambahnya, aktiviti itu perlu diperbanyakkan yang perlu melibatkan seluruh penyertaan penduduk kampung tanpa membezakan tahap kedudukan dan kekayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan