Program yang berbentuk lawatan kasih itu membuktikan bahawa kepimpinan pengurusan DUN Tanjung Mas sentiasa bersedia untuk memberi khidmat dan bantuan sekadar yang termampu mengikut keperluan masing-masing.
Menurut Madihah, biarpun bantuan yang dihulurkan bukan penyelesai masalah yang dihadapi, namun ia dapat memberi sedikit kelegaan dan keceriaan kepada individu dan keluraga berkenaan.
"Kita faham, mereka perlukan sokongan dan perhatian dalam menghadapi apa jua situasi yang dihadapi dan diharapkan dengan program Mas Kasih ini dapat sedikit sebanyak memberi kebaikan, biarpun bukan menyelesaikan sepenuhnya," kata Madihah.
Norma Ismail, antara yang menerima kunjungan Mas Kasih menyatakan rasa syukur dan berterima kasih dengan sikap prihatin dan cakna kepimpinan Pengurusan DUN Tanjung Mas.
"Pemimpin yang seperti inilah yang kita harapkan dipilih pada masa hadapan," reaksi spontan Norma apabila ditanya mengenai program Mas Kasih.
Katanya lagi, program Mas Kasih perlu diteruskan kepada lebih banyak anggota masyarakat yang memerlukan perhatian dan sokongan dari segi moral dan kewangan untuk meneruskan kehidupan yang penuh mencabar ini.
Tambahnya, sikap sesetengah pemimpin yang dipilih rakyat, tetapi tidak ambil berat soal rakyat, perlu ditolak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan