Isnin, 23 Mei 2016

Pertemuan mesra dan harmoni

Pertemuan berlangsung mesra dan harmoni.  Inilah gambaran perjumpaan kepimpinan Pengurusan Dun Tanjung Mas berserta pemimpin akar umbi dengan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Salleh.  Pertemuan diadakan dalam suasana mesra dan muhibah.

Penyelaras Pengurusan Dun Tanjung Mas, Madihah Abdul Aziz dalam ucapannya menegaskan betapa perlunya hubungan baik di antara kepimpinan Dun dengan jentera akar umbi bagi memastikan segala perancangan dan gerakerja dapat dilakukan dengan lancar.

"Kerjasama seluruh jentera amat penting bagi memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik," kata Madihah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu.

Tambahnya lagi, sikap sambil lewa dan tidak ambil peduli tentang peranan jawatan yang disandang akan menyebabkan kepincangan dalam perlaksanaan aktiviti.

"Saya menyeru agar seluruh jentera dapat mengembelingkan tenaga dan menyumbang apa yang termampu bagi memastikan misi dan visi parti dapat dilaksanakan dengan jaya", tambahnya lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan