Individu yang beriman kepada Allah dan Rasul sentiasa sabar menghadapi
apa juga bentuk konflik sama ada rumah tangga, kerjaya mahupun apabila
difitnah. Allah juga bertegas bahawa sifat sabar adalah perisai paling penting
untuk setiap makhluk menghadapi ujian yang diberikan demi mengukur keimanan.
Berbahagialah mereka yang mendapat kemanisan ibadah dengan rukuk, sujud, bersedekah, berzikir dan membaca al-Quran.
Sabar bermaksud hati yang teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan
lawannya ialah gelisah. Kerap kali kita diminta bersabar apabila ditimpa
musibah, banyak kali pula kita yang meminta orang lain bersabar apabila mereka
dilanda badai dalam kehidupan.
Menurut Dr Mohd Yusuf Al Qardhawi, sabar adalah sebesar-besar akhlak
al-Quran. Menurut beliau kalimah sabar ini sering kali disebut di dalam kitab
suci dan ia bukan saja merujuk kepada surah yang mengajar manusia mengenai iman
malah juga surah yang menerangkan cara hidup mukmin.
Berbahagialah mereka yang mendapat kemanisan ibadah dengan rukuk, sujud, bersedekah, berzikir dan membaca al-Quran.
Hadis Qudsi menyebut bahawa: "Wahai hamba-Ku, sesungguhnya itulah
amalan kamu yang akan Aku hitung dan akan Aku memberi ganjaran untuknya.
Sesiapa yang mendapat kebaikan daripadanya, hendaklah dia memuji syukur
kepada-Ku. Jika sebaliknya, janganlah dia menyalahkan orang lain selain dirinya
sendiri". (Riwayat Muslim dari Abu Zarr).
Mereka yang hanya mementingkan dunia akan menumpukan sepenuh perhatian
kepada kehidupan dunia. Sebalik mereka yang mengharapkan akhirat tidak
akan dilalaikan dengan kehidupan dunia.
Baginda SAW pernah berkata kepada Syaddad bin Aus bermaksud: "Wahai
Syaddad, jika kamu melihat manusia berlumba-lumba mengumpulkan emas dan perak,
maka pada ketika itu, janganlah kamu lupa menyebut, Ya Allah, aku memohon agar
ditetapkan dalam ketaatan, bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran. Aku memohon
rahmat dan keampunan daripada-Mu, sentiasa bersyukur terhadap nikmat-Mu serta
kesempurnaan ibadah terhadap-Mu. Aku memohon kesejahteraan hati, kebenaran
lidah yang tidak bertulang, aku memohon kebaikan dan berlindung daripada
sebarang keburukan yang Engkau lebih mengetahui kerana Engkau adalah Tuhan yang
mengetahui segala yang ghaib'. (Riwayat Ahmad dan Tabrani).
Sesungguh ibadah kepada Allah itu hendaklah dilakukan sepanjang masa dan
bukan bermusim-musim. Ibadah yang dilakukan secara berteusan dirasakan sesuatu
yang manis dan menyegarkan minda dan fizikal.
Saidatina A'isyah pernah ditanya bagaimana keadaan Baginda SAW. Adakah
Baginda mengkhususkan suatu hari untuk beribadah atau bagaimana? Maka jawab
A'isyah: "Tidak, Baginda SAW tidak pernah menjadikan ibadah sebagai
bermusim, malah Baginda SAW sentiasa dalam keadaan beribadah. Adakah kamu mampu
berbuat demikian?" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
“Wahai tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami
serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik
pemberi rahmat.” (Al-Mu’minin: 109)
“Wahai tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong
kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah
kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi
(kurnia).” (Ali ‘Imran: 3-8)
Antara perkara yang perlu dilakukan dalam rangka menyempurnakan kehidupan sepertimana disyariatkan ialah mengeratkan silaturahim.
Antara perkara yang perlu dilakukan dalam rangka menyempurnakan kehidupan sepertimana disyariatkan ialah mengeratkan silaturahim.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadah kepada
Allah dan jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu pun juga dan hendaklah kamu
berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim dan
orang miskin dan jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh dan rakan
sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan
membangga-banggakan diri". (Surah an-Nisa', ayat 36).
Baginda SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada
Mukmin yang lain bagaikan satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu
sama lain". (Riwayat Bukhari).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan