Ahad, 18 Disember 2016

VITAMIN B COMPLEX

Pernahkah anda mengambil Vitamin B Complex dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan? Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex yang lengkap. 

Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin B complex memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. 
Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. 

Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan