Makan penampar. Seorang pemuda yang lama belajar di luar negara kembali ke tanah air. Sepanjang tinggal di luar negara, pemuda itu terdedah dengan pelbagai fahaman termasuk liberalisme, pluralisme bahkan turut terdorong untuk tidak mempercayai kewujudan Allah.
Dia berasa banyak persoalan agama yang tidak mempunyai jawapan dan hanya diada-adakan oleh para ulama. Malah dia tidak yakin kepada suruhan dan hukum agama yang dianggap tidak berasas dan tidak dapat dibuktikan dengan fizikal.
Lalu, apabila pulang ke kampungnya, dia mengambil peluang untuk bertanya kepada Tok Imam yang telah lama dikenalinya sejak kecil dulu.
Terdapat tiga soalan yang telah lama dia ingin mendapat kepastian. Namun dia yakin tidak ada sesiapa dapat menjawabnya untuk memberinya keyakinan mengenai perkara itu termasuk Tok Imam di kampungnya.
Dialog mereka pada satu pagi;
Pemuda: Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?
Tok Imam: Boleh!!! dengan izin Allah.
Pemuda: Tok imam yakin ke?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya.
Tok Imam: Aku akan cuba jawab soalan itu. Insyalah.
Pemuda: Saya ada 3 soalan;
1. Kalau benar tuhan tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang mengandungi api, tentu syaitan tidak sakit sebab mereka dari unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah terfikir sejauh itu?
1. Kalau benar tuhan tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang mengandungi api, tentu syaitan tidak sakit sebab mereka dari unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah terfikir sejauh itu?
Panggggggg!!!
Satu penampar dari Tok Imam singgah di pipi pemuda itu.
Pemuda: Adoiiiii!!! Mengapa Tok imam tampar saya?
Tok Imam: Sekali penampar di muka kamu tadi adalah jawapan untuk 3 soalan itu!
Pemuda: Saya tak faham!
Tok Imam: Macamana rasa penampar tadi?
Pemuda: Sakit laa Tok Imam!
Tok Imam: Jadi kamu percayalah sakit tu ada!
Pemuda: Ya!
Tok Imam: Boleh tidak kamu tunjuk sakit itu ada dan macam mana rupanya?.
Pemuda: Tidak boleh laaa Tok Imam oiii!!!
Tok Imam: Itu jawapan soalan pertama kamu. Kita boleh rasa Tuhan itu ada tapi tidak boleh tengok.
Permuda itu terpegun jawapan Tok Imam.
Tok Imam: Malam tadi kamu mimpi tak nak makan penampar aku?
Pemuda: Takkk!!! (sambil gosok-gosok pipi bekas kena penampar)
Tok Imam: Kamu terfikir tidak yang kamu nak makan penampaq aku hari ini?
Pemuda: Takkk!!!
Tok Imam: Tu lah namanya takdir!
Pemuda sombong itu terdiam.
Tok Imam: Tangan yang aku tampar muka kamu ini dibuat dari apa?
Pemuda: Kulit dan daging!!!
Tok Imam: Pipi yang kena penampar aku itu dibuat dari apa pulak?
Pemuda: Kulit dan daging...!!!????
Tok Imam: Kamu rasa macam mana bila aku penampar kamu tadi?
Pemuda: Sakit dan pedih berdesing...!!!?
Tok Imam: Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak daripada api, Jika Tuhan berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...!
Tok Imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu orang penah menjadi guru al-Qurannya pada masa kecil dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan