Ali Baba Bujang Lapok. Filem arahan P Ramlee terbitan Malay Filem Production Ltd pada tahun 1961.
Filem mengisahkan kejadian di Baghdad di mana tinggalnya Ali Baba yang miskin dan abangnya yang kaya raya iaitu Kassim Baba. Ali Baba sering meminta wang dan makanan daripada abangnya. Kerja Ali Baba ialah mencari kayu api.
Pada suatu hari, sedang Ali Baba mencari kayu di sebuah bukit, dia ternampak sekumpulan penyamun bergerak ke sebuah bukit batu yang besar. Ketua penyamun itu membaca sesuatu untuk membuka dan menutup pintu gua pada bukit itu.
Ali Baba bersembunyi berhampiran gua tersebut dan apabila semua penyamun telah keluar, dia terus membuka pintu gua itu seperti mana yang dilakukan oleh ketua penyamun tadi.
Ali Baba sangat terkejut melihat harta yang begitu banyak dan dia pun mengambil sebuah peti wang emas dan menjadi kaya sekelip mata.
Abangnya Kassim Baba sangat hairan apabila mendapat tahu hal ini. Kerana cemburu, Kassim Baba telah meminta rahsia tersebut daripada Ali Baba. Sifat tamak Kassim Baba mendorongnya mengambil kesemua harta di dalam gua tersebut.
Apabila penyamun dapat menangkap Kassim Baba, mereka telah membunuh dan mencincangnya. Ali Baba sangat sedih dengan apa yang terjadi.
Penyamun pula ingin membalas dendam dan merampas kembali harta mereka daripada Ali Baba...
Watak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok
Kassim Baba - lakonan S Samsudin.
Dilihat seorang yang jahat dan tahi hidung masin. Seorang yang tamak dan orang kaya yang kedekut. Ada perasaan dengki dengan kekayaan saudara sendiri. Tidak senang melihat orang lain lebih kaya daripadanya.

Mati dipenggal kepala oleh ketua penyamun ketika mencuri harta penyamun yang disimpan di dalam gua.
Ali Baba - lakonan Aziz Satar.
Seorang miskin dan pemalas. Namun, demi memenuhi desakan isteri, dia berusaha juga untuk melakukan kerja biarpun terpaksa. Dia menjadi kaya akibat mencuri hasil rompakan 40 penyamun.
Seorang miskin dan pemalas. Namun, demi memenuhi desakan isteri, dia berusaha juga untuk melakukan kerja biarpun terpaksa. Dia menjadi kaya akibat mencuri hasil rompakan 40 penyamun.
Dilihat sebagai seorang hero kerana pemurah dan baik. Tidak ada perasaan tamak biarpun berpeluang mendapat banyak harta milik penyamun.
Ali baba sewaktu miskin, sangat lemah termasuk fizikalnya. Bila dah kaya, mula mencari lagak prestij, termasuk cara jalan.
Ketua Penyamun 40 - lakonan P. Ramlee.
Seorang ketua penyamun yang merompak harta orang kaya. Jika tiada rompakan, enjoy dengan hasil rompakan dan kaki perempuan.
Seorang ketua penyamun yang merompak harta orang kaya. Jika tiada rompakan, enjoy dengan hasil rompakan dan kaki perempuan.
Fokus kepada kerja rompakan dan disiplin tinggi. Menghormati penyamun di bawah kuasanya dan mempunyai sistem kerja yang baik. Dianggap majikan yang berperinsip.
Percaya kepada orang bawahan dalam menyerahkan tugas biarpun ada kalanya gagal. Tidak mudah kecewa apabila satu-satu rancangan gagal.
Marjina - lakonan Sarimah.
Seorang hamba kepada Kasim Baba dan kemudian menjadi hamba kepada Ali Baba. Seorang yang jujur dan penyelamat keluarga Ali Baba dari dirompak.
Seorang hamba kepada Kasim Baba dan kemudian menjadi hamba kepada Ali Baba. Seorang yang jujur dan penyelamat keluarga Ali Baba dari dirompak.
Mempunyai kecerdasan akal dan berani melakukan tugasan yang disuruh tuannya. Marjina akhirnya dibebaskan sebagai orang yang merdeka atas sebab kejujurannya.
Tugas anda:
Watak mana yang paling menarik dan paling baik?
Watak mana yang paling jahat dan tidak disukai?
Watak mana yang paling jahat dan tidak disukai?
Berikan alasan pilihan anda itu dengan mengemukkan hujah selain apa yang telah dicatatkan di atas. Selamat mencuba.
Untuk LDK nilai, mencari watak atau imej diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan