Biadap dan kurang ajar ubah lirik lagu Negaraku. Rakyat semakin biadap dan kurang ajar. Mereka tidak ada lagi nilai-nilai murni dan menghormati Rukun Negara.
Atas dasar kebebasan dan kreatif, mereka bangga lakukan perbuatan yang mencerminkan sikap tidak cintakan negara.
Biarpun sikap ini tidak berkaitan dengan bangsa, tetapi ada wujud pola yang menunjukkan peratusan perbuatan itu lebih tinggi dilakukan oleh kaum Cina.
Mengapa perkara ini berlaku? Adakah sikap rasis dan kurang pendedahan terhadap tata negara menjadikan mereka bersikap demikian.
Terbaru, sikap biadapi dan menghina dilakukan apabila lagu kebangsaan Negaraku diubah senikata. Mereka 'menamakan' lagu itu sebagai lagu baru untuk lagu kebangsaan negara.
Perbuatan itu dikaitkan dengan rasa tidak puashati dengan persekitaran politik dan ekonomi negara sekarang.
Ini dianggap sebagai parodi yang kerap dilakukan dengan mengubah senikata lagu asal kepada senikata baru dengan mengekalkan irama atau melodinya.
Jika mereka kreatif, buatlah lagu sendiri untuk menyatakan perasaan atau pendapat. Mencipta lagu sama juga dengan menulis puisi yang menjadi medium menyampaikan pendapat.
Namun, mengubah senikata lagu dan ditambah pula dengan penyataan bahawa itu adalah lagu baru Negaraku, itu sudah dikira amat biadap dan kurang ajar. Perbuatan itu menghina seluruh warganegara yang cinta dan sayangkan negara.
Tindakan tegas perlu dilakukan terhadap mereka yang melakukan perbuatan itu. Harap pihak berkuasa tidak berkomproni dengan perbuatan itu. Jika dibiarkan, ia akan menjadi satu amalan biasa dan lebih banyak yang akan melakukan perbuatan itu.
Tindakan itu bukan soal perkauman atau rasis. Mana-mana bangsa melakukan perbuatan salah perlu dikenakan tindakan.
Ini untuk mewujudkan negara yang aman dan menaikkan semangat kecintaan terhadap negara. Jangan ambil mudah soal ini.
Malang sekali apabila ada pihak yang menyokong perbuatan itu. Hal ini terjadi lebih kepada parti politik.
Mereka menyokong saja perbuatan yang dilihat memberi keuntungan kepada politik masing-masing, biarpun perbuatan itu jelas satu perkara yang salah.
Politik tidak seharusnya menjadikan rakyat menjadi biadap dan hilang rasa hormat sesama rakyat. Politik adalah kuasa untuk kebaikan semua. Hendaknya kita berpolitik secara matang dan bukannya ikut cara syaitan dan binatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan