Isnin, 28 Oktober 2019

ORANG ALIM AMAL SIKAP MUNAFIK

Banyak tanda munafik disebutkan atau diberitahu Rasulullah SAW. Banyak orang berasa dirinya alim, tetapi sebenarnya tergolong mengamalkan sikap munafik. Semoga kita tidak termasuk orang mempunyai ciri munafik. 

Sabda Nabi bermaksud: "Akan keluar di akhir zaman lelaki yang bertaubat tipu daya dengan memakai nama agama di dunia ini. Mereka menganjurkan manusia agar berpakaian yang baik (taubat) dari bulu domba yang halus. Lidah mereka lebih manis daripada gula, sedangkan hati mereka bagaikan serigala. (Hadis riwayat Tirmizi)

Dalam hadis itu Rasulullah SAW memberikan isyarat bahawa kelak akan muncul orang-orang yang mempunyai sifat munafik. Apa yang dikatakan tidak sesuai dengan kehendak hati, apa yang dianjurkan sebenarnya hatinya membenci, fatwanya hanya untuk tipu muslihat sahaja.

Di antara sifat kemunafikan itu, menganjurkan orang lain berbuat baik sesuai dengan agama Islam, semua yang disampaikan dengan topeng agama yang tujuannya antara lain untuk memperdaya orang-orang Islam sendiri.

Manis sekali bicaranya sampai banyak orang yang terperangkap dengan menyanjung-nyanjung kepadanya. Tapi hatinya setelah diketahui ternyata bagaikan hati seekor serigala. Yang sedang bersedia menangkap dan menelannya.

Sifat munafik semacam ini biasanya dimiliki oleh mereka yang ingin diberi kedudukan, pangkat, penghormatan dan segala pujian dari atasannya sehingga berani mengorbankan agamanya, membohongi sesamanya.

Keinginan sesuatu kedudukan akan mendorong untuk berusaha dengan cara apa saja, dengan wang atau dengan janji yang indah untuk mempengaruhi orang lain yang jadi pendukungnya. Jika perlu dia melakukan dengan menghalalkan segala cara, demi berhasilnya tujuan.

Gambar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan