Syariat
Islam membenarkan wanita melakukan aktiviti atau tugasan berkaitan kegiatan
ekonomi, sosial dan politik yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan agama. Islam cintakan kebaikan dan memberi
kebaikan kepada semua.
Islam
memahami potensi diri wanita yang mampu menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk
melakukan sesuatu tugas lebih daripada apa yang ditetapkan dalam rumahtangga.
Sebenarnya,
fungsi wanita sebagai nadi penggerak kepada kemajuan sesuatu bangsa sudah
berlaku sejak manusia mengenal tamadun lagi.
Kemampuan
wanita tampil menyumbangkan tenaga untuk kemajuan diri sendiri, keluarga dan
masyarakat tidak disekat dalam Islam kerana secara dasarnya apa-apa saja yang
mendatangkan kebaikan harus dilakukan.
Malah,
dalam keadaan tertentu, wajib wanita bekerja dan menyumbangkan apa yang
termampu. Tidak tepat dakwaan mengatakan wanita Islam tidak dibenarkan bekerja
atau melakukan aktiviti di luar rumah.
Tidak
semua wanita bernasib baik disara oleh lelaki. Ramai wanita tidak bertemu
jodoh, sedangkan bapa yang menyara hidupnya telah tiada. Begitu juga bagi ibu
tunggal yang kematian suami atau diceraikan terpaksa berusaha sendiri memenuhi
keperluan hidup sendiri dan anak-anak.
Sekiranya
wanita disekat daripada bekerja dan bersosial dalam masyarakat, sudah pasti
golongan wanita yang mengalami nasib sebegitu akan berdepan dengan masalah
basar.
Apakah
mereka perlu menjadi pengemis dan menjual maruah. Hal itu meletakkan
kedudukan wanita lebih hina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan