Golongan benci kepada Islam membuat tuduhan
bahawa Islam adalah agama ciptaan Nabi Muhammad. Jadi, untuk menggambarkan
Islam tidak baik, perlulah terlebih dahulu mencipta fitnah mengenai keburukan
peribadi baginda.
Nabi Muhammad digambarkan sebagai manusia sukakan peperangan, gila seks dan tukang sihir.
Nabi Muhammad digambarkan sebagai manusia sukakan peperangan, gila seks dan tukang sihir.
Tentulah tuduhan bukan Islam terhadap
Rasulullah SAW menimbulkan kemarahan umat Islam. Rasulullah SAW insan paling mulia dan
dicintai seluruh umat Islam. Melakukan penghinaan terhadap baginda, bermakna
mencabar tindak balas umat Islam seluruh dunia.
Provokasi bukan Islam terhadap Rasulullah SAW
sebenarnya menafikan apa yang telah dirumuskan oleh kebanyakan pemikir dan
sarjana bukan Islam mengenai peribadi baginda.
Seorang orentalis berbangsa Perancis Dr. Wile
(1818-1889) menulis dalam bukunya Tarikkul Khulafa antara lain berbunyi:
"Muhammad layak mendapat kekaguman dan penghargaan kita sebagai reformis
agung, bahkan dia patut juga diberi gelaran nabi. Kita tidak usah mendengar
cerita orang-orang yang bermaksud jahat dan pendapat orang berfahaman ekstrem. Sesungguhnya
Muhammad itu seorang besar dalam agama dan peribadinya. Barangsiapa yang
menyerangnya, jelas dia tidak mengerti dan merendah-rendahkan
jasa-jasanya."
Apa yang diperkatakan oleh Wile itu adalah
sebahagian pendapat yang dinukilkan oleh banyak lagi pengkaji mengenai sirah
Rasulullah SAW. Kebanyakan pengkaji yang sebenarnya bersifat orentalis yang
ingin mencari keburukan Islam, sebaliknya tidak dapat berdusta untuk menyatakan
apa yang benar mengenai peribadi Rasulullah SAW.
Ini kerana pada diri Rasulullah SAW tidak ada
cacat celanya. Yang ada ialah kehebatan yang mengkagumkan. Sirah telah
mencatatkan bagaimana baginda sebagai ketua agama, ketua negara, ketua hakim,
panglima perang, perancang ekonomi, ketua pendidik, diplomat terkemuka dan
suami serta bapa misali.
Tidak ada manusia lain yang mampu mengatasi keupayaan Nabi Muhammad SAW sebagai manusia serba boleh.
Tidak ada manusia lain yang mampu mengatasi keupayaan Nabi Muhammad SAW sebagai manusia serba boleh.
Dengan kata lain, apa saja yang dilakukan
Rasulullah SAW adalah contoh untuk diikuti. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT
dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada
(diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan