Onani atau melancap, juga dipanggil
masturbasi telah lama dilakukan. Perbuatan itu dikatakan semula jadi sebagai permulaan untuk mengenali tentang diri sendiri,
naluri, rangsangan syahwat dan sebagainya.
Perbuatan onani terjadi kerana nafsu syahwat yang berlaku secara langsung dan tidak langsung memberi rangsangan kepada individu itu untuk melakukan sesuatu semata-mata ingin merasai nikmat keseronokan, kelegaan, ketenangan dan kepuasan syahwat.

Kebanyakan individu yang melakukan onani
adalah mereka yang suka keseorangan dan suka berkhayal. Mereka akan memikirkan
perkara-perkara yang boleh menimbulkan rangsangan kepada nafsu syahwat.
Apabila senario ini berjaya merangsang nafsu,
mereka akan mula menyentuh bahagian tubuh badan yang dapat merangsangkan syahwat,
bagi menikmati kemuncak syahwat.
Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan. Mereka melakukan onani adalah untuk keseronokan kendiri sahaja.
Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan. Mereka melakukan onani adalah untuk keseronokan kendiri sahaja.
Mereka yang suka melakukan onani tidak
semestinya yang suka membaca atau menonton cerita-cerita yang boleh
mengundang kepada rangsangan syahwat. Khayalan perangsang utama mencetuskan
kehendak untuk beronani.
Satu kajian rambang yang dijalankan di
kalangan remaja tentang amalan onani mendapati lelaki melebihi kaum perempuan
di mana sebanyak 70 peratus lelaki berbanding 40 peratus perempuan. Amalan ini
biasanya ditinggalkan apabila mereka mempunyai aktiviti sosial yang stabil.
Didapati amalan melakukan onani tidak
mengenal bangsa ataupun agama. Mereka yang melakukan onani adalah orang yang
mempunyai fantasi seks yang keterlaluan sehingga mereka tidak dapat mengawal
diri dan tewas dengan godaan fantasi tersebut.
Jika mereka dapat mengawal emosi dan
perasaan, sudah pasti mereka tidak akan melakukan onani walaupun mereka
terdedah dengan perkara yang merangsangkan syahwat.
Remaja prabaligh adalah golongan orang yang
paling banyak melakukan onani jika dibandingkan dengan golongan dewasa.
Orang dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.
Orang dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.
Kesan jangka masa panjang untuk seseorang
yang melakukan onani akan menyebabkan mereka menjadikan onani sebagai satu
tabiat yang biasa untuk dilakukan jika keinginan naluri mereka berada pada
tahap yang tidak dapat dikawal lagi.
Mereka akan ketagih melakukan tabiat tersebut
jika mereka inginkan keseronokan tetapi pada mereka yang merasakan onani satu
tabiat yang buruk, mereka mestilah cepat bertindak supaya keseronokan kendiri
dapat dikawal dengan baik.
Dari segi kesihatan pula, amalan onani boleh
menekan kesihatan bagi mereka yang melakukannya. Ini tertakluk kepada amalan
dan cara gaya onani yang dilakukannya.
Ada sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.
Ada sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.
Apa yang pasti kesan jangka masa panjang
adalah menyebabkan seseorang itu mati pucuk jika mereka gemar beronani secara
berterusan.
Gambar sekadar hiasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan