Isnin, 3 Februari 2020

MENDERMA DARAH SECARA SUKARELA


Pusat Darah Negara menyeru orang ramai agar tampil untuk menderma darah secara sukarela di mana-mana hospital di seluruh negara. Kriteria penderma darah yang digariskan oleh Pusat Darah Negara:

- Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

- Penderma berumur;
+ 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
+ di antara 18 hingga 60 tahun untuk penderma yang kali pertama menderma.
+ di antara 18 hingga 70 tahun untuk penderma yang pernah menderma (penderma berulang).
+ Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

- Bert badan  melebihi 45 kg.

- Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

- Tiada masalah kesihatan.

- Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.

- Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.

- Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).

- Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut;
+ Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
+ Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
+ Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
+ Mengambil dadah secara suntikan..
+ Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
- Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.

- Untuk penderma wanita:
+ Tidak mengandung.
+ Tidak datang haid.
+ Tidak menyusukan anak.

Jika anda menepati atau memenuhi kriteria seperti di atas, anda dipelawa untuk menderma darah. Sila hadir di Unit Darah di mana-mana hospital di seluruh negara.

Derma darah terbahagi kepada dua iaitu pendermaan darah penuh (‘whole blood’) dan pendermaan aferesis.

Derma darah berlaku apabila seseorang secara sukarela telah membenarkan darahnya diambil dan digunakan untuk pemindahan dan / atau dijadikan ubat biofarmaseutikal melalui proses yang dipanggil pemeringkatan (pengasingan komponen seluruh darah).

Derma darah mungkin darah keseluruhan (WB), atau komponen khusus secara terus (dipanggil apheresis kedua). Bank darah sering mengambil bahagian dalam proses pengumpulan serta prosedur yang mengikutinya.

Menderma adalah agak selamat, tetapi beberapa penderma mungkin mendapat tanda lebam di mana jarum dimasukkan atau mungkin merasa letih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan