Selasa, 24 Mac 2020

BSMM Negeri Kelantan buat perisai muka


Peka dengan keselamatan petugas perubatan, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kelantan, mengambil daya usaha untuk menyediakan perisai muka (face shield) buatan sendiri.

Penggunaan perisai muka dapat mengurangkan risiko jangkitan petugas barisan hadapan dalam situasi negara dilanda Covid-19 ini.

Dalam sesuatu keadaan terutama apabila pesakit Covid-19 terbersin atau batuk, dibimbangi air liur mereka akan tempias kepada jururawat mahupun doktor walaupun memakai penutup mulut dan hidung.

Jadi, bagi mengurangkan risiko jangkitan, ahli BSMM Kelantan akan menghasilkan perisai muka yang buat sendiri. Penyediaan perisai muka itu dijayakan oleh sukarelawan BSMM Kelantan.

Selain itu, BSMM Kelantan turut mengadakan projek makanan tambahan bagi Hospital Tumpat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan