Sesungguhnya,
kejayaan syaitan merosakkan hidup anak cucu Adam banyak bergantung kepada
‘pertolongan’ manusia sendiri yang ingkar kepada perintah dan amaran Allah. Sesiapa
yang di dalam dirinya mempunyai sifat-sifat syaitan, maka bersaksilah bahawa
merekalah akan menjadi teman syaitan di neraka jahanan.
Antara
perbuatan yang menyokong perjuangan syaitan ialah membuat fitnah. Justeru, membuat fitnah amat besar dosanya.
Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh.
Firman Allah bermaksud: “Fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan.”
(Surah al-Baqarah, ayat 217).
Malah,
perkataan buruk bukan saja dilarang dilakukan secara terang-terang. Ia tetap
dilarang dilakukan biarpun secara bersembunyi atau berbisik-bisik.
Berbisik-bisik bermaksud dilakukan dengan niat jahat untuk menyebarkan khabar
angin dan fitnah.
Firman
Allah bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, apabila kami berbisik-bisik sesama
sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan
pencerobohan serta perbuatan dehaka kepada Rasulullah. Hendaklah kamu bertakwa
kepada Allah, yang kepada-Nya kamu kelak bakal dihimpunkan.” (Surah
al-Mujaadalah, ayat 9).
Ironisnya,
tidak ada sebarang keharusan disebut dalam mana-mana ayat al-Quran dan hadis
mengenai perkataan buruk. Justeru, jika ada pihak mengatakan perkataan buruk
boleh digunakan sebagai memenuhi naluri manusia, maka itu bertentangan dengan
kehendak agama.
Jika
kita tidak menghormati orang lain, sudah pasti orang lain juga tidak akan
menghormati kita. Menghormati antara satu sama lain perlu diamalkan tanpa
mengira kedudukan, pangkat dan darjat, kaya atau miskin, berilmu atau jahil.
Sikap
berbangga menaburkan kata-kata buruk membuktikan kekeringan nilai moral dalam
diri. Perbuatan buruk sebenarnya bukan hanya mendatangkan keburukan kepada
orang yang ditujukan perkataan, tetapi juga akan berbalik kepada diri sendiri.
Perkara
ini telah ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Kecelakaan
besar bagi tiap-tiap pencaci.” (Surah al-Humazah, ayat 1).
Setiap
orang perlu mempunyai perasaan tidak suka kepada perkataan tidak baik sama ada
mengucapnya atau mendengarnya. Mereka yang mengucap dan mendengar sama mendapat
dosa jika kedua-duanya dalam keadaan suka kepada perkataan itu.
Seharusnya
kita menjaga nikmat pancaindera lidah agar tidak disalahgunakan hingga
menyebabkan diri berada dalam kerugian di dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan