Individu
yang beriman kepada Allah dan Rasul sentiasa sabar menghadapi apa juga bentuk
konflik sama ada rumah tangga, kerjaya mahupun apabila difitnah. Allah juga
bertegas bahawa sifat sabar adalah perisai paling penting untuk setiap makhluk
menghadapi ujian yang diberikan demi mengukur keimanan.
Sabar
bermaksud hati yang teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah
gelisah. Kerap kali kita diminta bersabar apabila ditimpa musibah, banyak kali
pula kita yang meminta orang lain bersabar apabila mereka dilanda badai dalam
kehidupan.
Menurut
Dr Mohd Yusuf Al Qardhawi, sabar adalah sebesar-besar akhlak al-Quran. Menurut
beliau kalimah sabar ini sering kali disebut di dalam kitab suci dan ia bukan
saja merujuk kepada surah yang mengajar manusia mengenai iman malah juga surah
yang menerangkan cara hidup mukmin.
Berbahagialah mereka yang mendapat kemanisan ibadah dengan rukuk, sujud, bersedekah, berzikir dan membaca al-Quran.
Hadis
Qudsi menyebut bahawa: "Wahai hamba-Ku, sesungguhnya itulah amalan kamu
yang akan Aku hitung dan akan Aku memberi ganjaran untuknya. Sesiapa yang
mendapat kebaikan daripadanya, hendaklah dia memuji syukur kepada-Ku. Jika
sebaliknya, janganlah dia menyalahkan orang lain selain dirinya sendiri".
(Hadis riwayat Muslim dari Abu Zarr).
Mereka
yang hanya mementingkan dunia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada
kehidupan dunia. Sebalik mereka yang mengharapkan akhirat tidak akan
dilalaikan dengan kehidupan dunia.
Baginda
SAW pernah berkata kepada Syaddad bin Aus bermaksud: "Wahai Syaddad, jika
kamu melihat manusia berlumba-lumba mengumpulkan emas dan perak, maka pada
ketika itu, janganlah kamu lupa menyebut, Ya Allah, aku memohon agar ditetapkan
dalam ketaatan, bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran. Aku memohon rahmat
dan keampunan daripada-Mu, sentiasa bersyukur terhadap nikmat-Mu serta
kesempurnaan ibadah terhadap-Mu. Aku memohon kesejahteraan hati, kebenaran
lidah yang tidak bertulang, aku memohon kebaikan dan berlindung daripada
sebarang keburukan yang Engkau lebih mengetahui kerana Engkau adalah Tuhan yang
mengetahui segala yang ghaib'. (Hadis riwayat Ahmad dan Tabrani).
Sesungguh
ibadah kepada Allah itu hendaklah dilakukan sepanjang masa dan bukan
bermusim-musim. Ibadah yang dilakukan secara berteusan dirasakan sesuatu
yang manis dan menyegarkan minda dan fizikal.
Saidatina
Aisyah pernah ditanya bagaimana keadaan Baginda SAW. Adakah Baginda
mengkhususkan suatu hari untuk beribadah atau bagaimana? Maka jawab Aisyah:
"Tidak, Baginda SAW tidak pernah menjadikan ibadah sebagai bermusim, malah
Baginda SAW sentiasa dalam keadaan beribadah. Adakah kamu mampu berbuat
demikian?" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Firman
Allah SWT bermaksud: “Wahai tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu
ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya
Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat.” (Surah Al-Muminin, ayat 109)
Friman
Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 8 yang bermaksud: “Wahai tuhan kami,
janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau,
kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).”
Antara perkara yang perlu dilakukan dalam rangka menyempurna kehidupan sepertimana disyariatkan ialah mengeratkan silaturahim.
Antara perkara yang perlu dilakukan dalam rangka menyempurna kehidupan sepertimana disyariatkan ialah mengeratkan silaturahim.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan jangan
kamu sekutukan Dia dengan sesuatu pun juga dan hendaklah kamu berbuat baik
kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim dan orang miskin dan
jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang
musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri".
(Surah an-Nisa', ayat 36).
Baginda
SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang
lain bagaikan satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama
lain". (Hadis riwayat Bukhari).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan