Hargai persaudaraan wahai teman. Jangan cari teman lain semata-mata untuk kepentingan diri sehingga melupakan ikatan persaudaraan yang dijalan dengan teman sedia.
Ketika mencari teman baharu, fikirkan juga apakah hubungan teman baharu itu dengan teman sedia ada. Jangan kerana hendak mendapat teman baharu, kita menyangkiti hati teman sedia ada.
Kepimpinan sejati mengambil kira semua aspek dalam membentuk hubungan perpaduan. Manusia yang lemah adalah yang tidak pandai menjaga hubungan dengan teman sedia ada.
Akibat tidak menjaga hubungan dengan rakan sedia ada, perpecahan akan berlaku. Perpecahan yang berlaku akibat ingin menjalin hubungan dengan kawan baharu adalah sikap pengkhianat dalam persahabatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan