Menteri
Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sentiasa memikirkan sesuatu
yang terbaik untuk memerangi wabak Cobid-19.
Beliau bukan sahaja memikirkan tentang SOP, tetapi juga bagaimana kementerian yang diketuainya dapat memberi sumbangan maksima.
Sekarang ini ATM telah melaksanakan sistem vaksin secara pandu lalu kepada anggota ATM yang didapati lebih mudah, cepat, selamat dan selesa.
Tak perlu bangunan besar. Sangat cepat, 15 minit sahaja.
Vaksinasi pandu lalu dilaksanakan untuk anggota dan keluarga di Kem Sungai Besi dan akan dibuka kepada anggota dan keluarga dari kem-kem lain di Lembah Klang.
Menurut Ismail Sabri, berdasarkan keberkesanan vaksin secara pandu lalu, ATM juga akan buka vaksin pandu lalu di kem-kem di negeri-negeri terutamanya di negeri-negeri berisiko tinggi.
Tambahnya lagi, selepas itu, kita akan buka kepada orang ramai.
"ATM juga telah menawarkan dari segi logistik untuk hantar vaksin ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.
"Trak-trak tentera akan melalui jalan ke pedalaman ini.
"Jika tiada akses jalan, kita akan menggunakan helikopter untuk menghantar vaksin.
"Kita juga akan menggunakan bot untuk bawa vaksin melalui sungai bagi kawasan pedalaman yang tiada jalan darat.", ujar Ismail Sabri dalam catatan di FBnya.
Tahniah kepada Ismail Sabri yang memikir dan bertindak yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Tidak sia-sia berstatus sebagai menteri kanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan