Selasa, 8 Jun 2021

ATM bantu hantar vaksin ke pedalaman


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberikan bantuan logistik kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan vaksin COVID-19 ke kawasan pedalaman di seluruh negara, khas di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan berikutan jalan di kawasan pedalaman yang tidak baik dan ATM yang mempunyai kelengkapan kenderaan yang boleh melalui jalan itu.

“Kalau boleh kita tidak mahu bawa masyarakat pedalaman keluar ke bandar, kita masuk ke dalam sampai ke perkampungan mereka. 

“Sesetengah tempat di pedalaman mungkin tidak ada akses untuk masuk ke kawasan mereka. Jadi kita bawa jururawat, doktor dan sebagainya ke kampung mereka untuk vaksin.

“Kalau tidak ada akses langsung, kita akan bawa juga melalui helikopter, kita buka khemah di perkampungan mereka dan bagi suntikan,” kata Ismail Sabri.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan