KUALA
LUMPUR, 8 Jun 2021 - Usaha mencapai imuniti kelompok untuk lebih 500,000 warga
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh dicapai dalam tempoh tiga bulan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata proses vaksinasi itu mampu dipercepat dengan kaedah pelaksanaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Tentera Darat yang menyaksikan projek perintisnya di Kem Perdana Sungai Besi.
Tambah beliau lagi, kaedah pandu lalu itu mampu melakukan pemberian vaksin sehingga 1,500 dos sehari, meliputi anggota tentera, ahli keluarga mereka, serta orang awam yang bekerja sebagai staf Kementerian Pertahanan.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihak kementerian juga telah memohon dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pharmaniaga Bhd, serta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 bagi mendapatkan vaksin Sinovac secara terus kepada warga ATM.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas selesai meninjau hari kedua pelaksanaan PPV Pandu Lalu di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.
Pemberian vaksin kepada anggota tentera dilihat satu ‘keperluan’ memandangkan penugasan mereka turut termasuk dalam barisan hadapan.
Selain itu, anggota tentera perlu bertugas dengan tahap penuh sepanjang masa untuk menjaga keselamatan negara.
Anggota ATM bertugas mengawal ruang udara, laut dan darat tanpa mengira masa, keadaan dan cuaca.
Malah dalam keadaan bencana, anggota ATM merupakan antara yang pertama sampai di lokasi untuk memberi bantuan kepada masa.
Atas keperluan itu, anggota ATM wajar diberi keutamaan untuk mendapat vaksin Covid-19.
Terima kasih kepada Ismail Sabri yang perhatian terhadap perkara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan