Simpul
biawak, tarik mengkarung atau nyetok karung ni adalah kekejangan otot betis.
Lazimnya berlaku sewaktu bersukan atau tidur waktu malam.
Apa
punca terjadi simpul biawak?
- Dehidrasi: kurang minum air, atau kehilangan air yang banyak melalui perpeluhan
atau kencing.
- Kurang garam mineral: kekurangan sodium, potassium, kalsium dan sebagainya.
- Kepenatan atau kecederaan: senaman atau aktiviti fizikal mengejut atau
berlebihan.
- Posisi tidur: tidur dengan kaki tertindih atau terlibat sehingga jejaskan
peredaran darah.
- Pengambilan ubat: statin (ubat kolesterol), hydroclorothiazide(ubat darah
tinggi), dll.
Siapa
mudah terkena simpul biawak?
- Pesakit diabetes: kerana berlaku kerosakan saraf dan salur darah pada kaki.
- Penghidap hipotiroid: kekurangan hormon tiroid ganggu fungsi otot.
- Wanita hamil: lazimnya kerap berlaku pada trimester ke-3
- Warga emas: penuaan menjejaskan fisiologi dan pemulihan tubuh.
- Pesakit buah pinggang: kawalan keseimbangan garam mineral terjejas.
Kalau
terkena, apa nak buat?
- Mengurut otot betis: menekan dengan kuat pada perut otot betis.
- Meregang otot betis: duduk melunjur, dan tarik jari-jari kaki, ke arah badan.
- Tuam otot dengan ais: balut ais dalam tuala kecil, dan tekap pada otot betis.
- Ambil ubat tahan sakit: boleh makan Paracetamol (Panadol).
- Ambil ORS (oral rehydration salt): juga dipanggil air garam, yang diberi ketika
cirit-birit.
Jika
terlalu kerap mengalami kejang otot, berjumpalah doktor. Khuatir ada masalah
kencing manis, hipotiroid, buah pinggang, dan sebagainya.
Semoga
bermanfaat!
FB
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan
dan Perubatan
12
Jan 2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan