Melihat
kejadian kemalangan maut di hadapan mata menjadi pengajaran. Kejadian pada pukul
3.46 petang 26 Disember 2021 di KM89, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran
Simpang Manek Urai Baru, Kuala Krai, Kelantan memang tragis.
Kemalangan
membabitkan sebuah kereta dan lori mengorbankan dua beradik yang dalam
perjalanan balik ke Kuala Lumpur selepas menghadiri kenduri perkahwinan abang
mereka di Bachok.
Kereta
dipandu Wan Abdul Azim Wan Zamani, 25, dari arah Kuala Krai memasuki laluan
bertentangan sebelum berlanggar dengan lori dari arah Manek Urai.
Akibat
kemalangan itu, Wan Abdul Azim meninggal dunia di tempat kejadian, yang pada
masa sama turut mengorbankan abangnya, Wan Abdullah, 34 tahun.
Manakala
pemandu lori berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan biarpun lori
dipandunya terbabas memasuki longkang di tepi jalan.
Kemalangan
yang memberi kesan hentakan kuat itu menyebabkan kereta melambung ke sisi
sebelah kiri jalan biarpun ‘titik’ perlanggaran berlaku di sebelah kanan.
Kedua-dua
mangsa tersempit di tempat duduk yang memerlukan khidmat anggota bomba dengan menggunakan
alat peralatan khas dan pemotong bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.
Ketika
kejadian, cuaca terang dan pemandangan jelas. Lalu lintas juga berjalan lancar
tanpa kesesakan.
Kes
disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan