Sabtu, 18 Disember 2021

TERLUPA ‘ON’ MIKROFON KETIKA KENDALI MESYUARAT

Pagi tadi, 11.45 pagi selesai melaksanakan tugas sebagai Pengerusi Tetap Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu Kali Ke 27 Tahun 2021.

Mesyuarat dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Fatmi Che Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Tahun ini kali ketiga melaksanakan tugas sebagai Pengerusi Tetap setelah dipilih menang tanpa bertanding pada pemilihan tahun 2018.

Bersedia menerima percalonan selepas UMNO kalah PRU14 adalah bukti kesetiaan dan sayang kepada parti yang telah disertai sejak 1988.

Tahun ini turut ditemani isteri yang turut dipilih menjadi perwakilan sebagai Waki Kumpulan 10 Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu.

Semoga terus istiqamah bersama UMNO yang diwarisi mengikut jejak ayah yang sanggup mendepani pelbagai rintangan demi kekal dalam UMNO, termasuk dipulau dan dituduh kafir.

Selesai tugas hari ini, Ketua Bahagian bertanya, “tadi tu suara asli (tanpa mengguna pembesar suara) ke?”

Ah... tak tahu nak jawab. Adakah ambo terlupa ‘on’ mikrofon? Tidak ada siapa pun tolong ingatkan.

Tanya isteri, dia beritahu memang suara asli. Dia dengar bukan dari pembesar suara.

Dah... kira ok jugalah suara dapat didengari satu dewan besar. Agaknya lepas ni tidak perlu guna mikrofonlah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan