Semasa
mengikuti orentasi di Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu Diraja (25
RAMD), ambo melapor diri dengan lima lagi pegawai muda, yang menjadikan kami
enam orang kesemuanya.
Kami ditempatkan sementara di 25 RAMD selepas mengangkat sumpah sebagai pegawai dalam Rejimen Askar Melayu Diraja, sebelum mengikuti Kursus Pegawai Graduan Tugas Am Siri 11/93.
Memandangkan
kami enam orang, maka kami digelarkan Enam Jahanam. Gelaran itu kekal sehingga
sekarang apabila merujuk kepada kami enam orang.
Gelaran
itu sudah menjadi identiti kami berenam. Apa kisah dengan gelaran ‘jahanam’
itu. Hakikatnya, kami bukan menjahanamkan apa-apa.
Kami
berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Kami adalah pembina dan peteguh agama,
bangsa dan negara.
Enam
Jahanam tersebut ialah:
-
Lt Mohd Faishal Mat Isa (3005916) – berhenti pangkat kapten
-
Lt Lokman Ismail (3005917) – berhenti pangkat kapten
-
Lt Azlan Mohamad (3005921) – masih berkhidmat pangkat Lt Kolonel
-
Lt Muzafar Mansor (3005923) - masih berkhidmat pangkat Lt Kolonel
-
Lt. Ahmad Hafizal Hashim (3005924) - masih berkhidmat pangkat Kolonel
-
Lt Mohd Haryzal Ismail (3005925) - masih berkhidmat pangkat Kolonel
Gambar: Hanya lima jahanam. Satu jahanam jadi jurugambar.
Kemas kini - 23 Mac 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan