Bunyi
riuh dalam bilik. Macam ada sesuatu pelik yang berlaku. Jadi, ambo segera
membuka pintu dan masuk ke bilik untuk melihat apa sebenarnya berlaku.
Masuk
sahaja dalam bilik, ambo melihat beberapa orang anak saudara melompat-lompat di
atas katil seperti ketakutan.
La...
rupanya mereka takut kepada lipas yang dilemparkan ke arah mereka oleh salah
seorang di antara mereka.
Lipas
tu sebenar telah mati pun. Tetapi, kalau yang takut lipas, tidak kiralah lipas
hidup ke atau dah mati, takutnya lain macam. Tambah lagi dilemparkan ke arah
mereka.
Kalau
lipas itu dilemparkan ke arah mereka, tentu ada yang melemparnya. Siapa yang
melemparkannya?
Yang
ada di dalam tu semuanya anak saudara perempuan yang berumur antara lima hingga
10 tahun. Hubungan mereka sepupu, anak adik-adik ambo.
Rupa-rupanya
di antara mereka ada yang dikira ‘berani’ dan tidak geli dengan lipas. Lipas yang
telah mati itu dijadikan bahan gurauan untuk menakut-nakutkan sepupunya, termasuk
kakaknya.
Siap
dia letakkan di tapak tangan lagi. Tak menampakkan wajah takut atau geli.
Rasanya,
kalau yang hidup pun dia berani ini ......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan