Isnin, 28 Mac 2022

KOLON BERFUNGSI BERSIHKAN SISA MAKANAN

 
Fungsi kolon adalah mencuci dan menghapuskan sisa penghadaman daripada badan. Malang sekali, kolon bertukar menjadi bakul sampah menyimpan unsur tidak diperlukan badan disebabkan sikap kita yang tidak menjaga pemakanan dan cara hidup sihat.

Sebahagian sisa toksid melekat pada kolon bertahun-tahun. Makanan tidak sesuai daripada segi campuran berkumpul di dalam kolon. Sisa itu berkumpul di dinding kolon sehingga menghalang tugas sebenar kolon. 

Kajian perubatan mendapati 90 peratus pelbagai jenis penyakit adalah berkaitan dengan kolon tidak bersih. Statistik juga mendapati kira-kira 500,000 kematian setahun di seluruh dunia disebabkan kanser kolon.

Manakala kira-kira lima juta atau 20 peratus rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain.

Keadaan ini berpunca cara pemakanan tidak sihat seperti kurang makan serat, banyak makan makanan segera dan makanan proses serta snek.  

Untuk mengetahui tahap kesihatan kolon, 'kajian' atau pemerhatian mudah boleh dilakukan berdasarkan keadaan najis turut melambangkan tahap kesihatan tubuh kita.

Saluran usus kita ialah unit pemprosesan bagi semua khasiat makanan yang kita makan dan unit untuk mengeluarkan semua yang tidak dikehendaki.

Lantas, apa yang keluar daripadanya menggambarkan sejauh mana tahap kesihatan atau penyakit yang ada dalam tubuh kita.'

Beberapa masalah kesihatan seperti penyakit penghadaman disebut 'celiac disease', boleh menyebabkan masalah penyerapan serat ini.

Bau busuk juga boleh disebabkan oleh memakan makanan yang mengandungi olestra (lemak tiruan yang terdapat dalam beberapa snek goreng) dan memakan beberapa jenis ubat untuk menurunkan berat badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan