Ambo
menyertai satu kumpulan WhatsApp. Kumpulan ni kira suam-suam kuku sahaja. Tidak
banyaklah yang duk kirim berita dalam kumpulan WhatsApp.
Ada
yang mula-mula dahulu kira aktif juga menghantar kiriman. Dia yang tubuh kumpulan
WhatsApp berkenaan dan menjemput kawan-kawan lain. Adalah kira-kira 50 orang
dalam kumpulan tu.
Malangnya,
yang tubuhkan kumpulan tu sudah senyap, walaupun masih ada dalam kumpulan. Ambo
dok ingat, dia mula senyap atau tidak aktif bila sudah dapat cucu. Rupa-rupanya
bila ada cucu ni lebih sibuk daripada masa dapat anak dahalu..
Kumpulan
WhatsApp ni tidak banyak beza dengan kumpulan-kumpulan lain. Kiriman paling
banyak dan hampir semua akan ambil bahagian ialah apabila ada berita
kematian.... tidak kisah siapa pun yang meninggal tu... maka pakat-pakat ‘al-fatihah
(dibaca).
Satu
lagi apabila ada ahli kumpulan sambut hari lahir. Maka ramai-ramai pakat ucap
hari lahir kepada yang berkenaan.
Hanya
satu yang ambo musykil..... mengapa semua ahli kumpulan itu sambut ulang tahun yang
sama?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan