Khamis, 28 April 2022

KAD HARI RAYA SEMAKIN DILUPAKAN

 
Pada masa dahulu, satu perkara yang mesti dilakukan sebelum Aidilfitri ialah mengirimkan kad hari raya kepada orang tersayang dan kenalan. Kad hari raya adalah pengganti diri mengucapkan ‘selamat hari raya’ kepada yang jauh di mata.

Namun, semua itu tidak lagi menjdi amalan masa sekarang. Kemudahan teknologi yang membolehkan ucapan dihantar melalui WhatsApp dan aplikasi lain menjadi pilihan kerana ia mudah dan lebih pantas.

Pun begitu, di kalangan pemimpin masih mengekalkan tradisi ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada ahli kenalan atau penyokong masing-masing.

Ambo, biarpun hanya insan biasa dan bukan ‘kenalan’ pemimpin tertinggi, tetapi tidak ‘tersisih’ daripada menerima kad ucapan selamat hari raya dari pemimpin.

Rasanya sudah 20 tahun ambo terima kad selamat hari raya dari pemimpin setiap tahun. Memanglah ada yang sudah ‘lupa’ untuk mengirimkan kepada ambo, tetapi ada pula yang masih mengekalkan tradisi itu.

Tahun ini, setakat catatan ini ditulis, ambo menerima kad ucapan selamat hari raya dari Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Ahmad Zahid Hmidi dan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.

Terima kasih kepada mereka bertiga atas titipan ucapan selamat hari raya untuk ambo.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan