Pulau
Seratus... banyaknya ada pulau. Di mana tu? Pulau
Seratus, terletak di daerah Tumpat. Boleh ke sana dengan cara menaiki bot sama ada melalui
Jeti Kok Majid, Tumpat ataupun Jeti Kuala Besar, Kota Bharu.
Pulau
Seratus salah satu daripada 33 pulau yang terdapat di delta Sungai Kelantan
sebelah jajahan Tumpat. Namun, daripada 33 pulau itu, hanya 13 pulau yang
didiami, termasuk Pulau Seratus.
Pulau
lain yang didiami ialah Pulau Renjuna, Pulau Beluru, Pantai Suri, Pulau Haji
Nik Mat dan Pulau Cendor.
Masa menaiki bot dari Jeti
Kok Majid ke Jeti Pulau Seratus mengambil masa kira-kira 10 minit. Kalau ikut Jeti Kuala Besar
pula kira-kira 15 minit.
Di
Pulau Seratus terdapat 37 buah keluarga dengan jumlah penduduk melebihi 130
orang.
Suasana
di Pulau Seratus damai dengan suasana kampung tanpa kenderaan, kecuali
kedengaran enjin bot dan motosikal.
Hubungan
sesama penduduk amat harmoni, saling menghormati dan bantu membantu antara satu
sama lain.
Penduduk
Pulau Seratus mendapat bekalan elektrik sepenuhnya dari TNB dan sumber air
bersih dari Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad.
Liputan
internet juga dinikmati penduduk kampung disediakan syarikat telekomunikasi.
Dengan
kata lain, penduduk Pulau Seratus tidak tersisih dari segi kemudahan awan,
kecuali tidak dihubungi melalui jalan darat dari tanah besar.
Berkunjung ke Pulau
Seratus memang menyeronokkan. Banyak pengunjung berulang kali datang ke Pulau
Seratus, namun tidak berasa jemu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan