Pemikiran
humanisme meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat hidup. Mereka menjadikan
hak kebebasan sebagai alat untuk menghalalkan apa saja yang mereka
inginkan. Apa saja yang diingini perlu dibenarkan, biarpun bertentangan
dengan agama dan tabie manusia.
Contohnya
pemikiran ini meletakkan seks adalah keperluan manusia yang boleh dipenuhi
dengan apa cara pun. Maka, perhubungan seks bebas perlu dibenarkan asalkan
dipersetujui lelaki dan perempuan yang terlibat. Mereka menganggap
persetujuan itu sudah menjadi satu elemen akad nikah iaitu saling menerima dan
bersetuju.
Malah,
kumpulan ini turut mempertahankan perkahwinan antara jantina yang sama
dihalalkan kerana itu hak mereka untuk menentukan apa yang mereka
inginkan.
Perbuatan
itu didakawa sebagai tidak mencabul hak mana-mana pihak kerana individu
terlibat sendiri memilih dan menyukai, bahkan dianggap sebagai satu keperluan
untuk mereka. Maka itu, pihak yang menghalang kehendak mereka pula dituduh
sebagai mencabul hak kebebasan mereka yang patut dipersalahkan.
Pemikiran
mereka ini semakin popular apabila ada di kalangan mereka yang bergelar
pemimpin menyokong pemikiran mereka. Amalan ini bukan saja menyerang negara
Islam, bahkan juga di negara-negara bukan Islam. Perkembangan di negara bukan
Islam menjadi inspirasi kepada perjuangan amalan songsang ini.
Sebenarnya,
pemikiran humanisme inilah yang membawa kepada pemikiran materialisme,
sekularisme, komunisme, sosialisme, kapitalisme, liberalisme dan lain-lain.
Biarpun nampak berbeza, hakikatnya mereka memperjuangan sesuatu yang
bertentangan dengan kehendak agama.
Pemikiran
humanisme ini telah menyelinap masuk ke dalam pemikiran umat Islam. Bermula
dengan kejahilan terhadap agama dan ketandusan iman, pemikiran mereka begitu
mudah diterobos oleh pemikiran ini.
Pada
mereka, kehidupan ini harus mencapai kebebasan 100 peratus, selagi ia tidak
melibatkan keburukan kepada pihak lain. Mereka inginkan keseronokan dan
kepuasan. Sekiranya dikatakan itu perbuatan dosa, dengan bangga mereka
mengatakan kubur masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan