Dilantik
sebagai amil zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
dengan nombor pendaftaran 0001 adalah satu pengiktirafan kepada Ahmad Jafri
Mohamed.
Ahmad
Jafri yang lebih dikenali sebagai Abe Jef adalah aktivis kemasyarakatan dan
kesukarelawan di Kelantan.
Zakat
yang dibayar melalui amil bertauliah MAIK akan disalurkan kepada MAIK untuk
diagih kepada golongan asnaf atau individu yang layak menerima zakat seperti
yang ditetapkan hukum syarak.
Jumlah
zakat yang dibayar akan dikeluarkan resit rasmi zakat, boleh digunakan sebagai
rebat cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pembayar
zakat akan mendapat balik waad (janji atau setuju) sebanyak 25 peratus untuk
diagihkan sendiri oleh pembayar zakat yang dipilih atau dikenal pasti sebagai
golongan asnaf.
Individu
atau syarikat yang ingin membayar zakat kepada MAIK melalui Ahmad Jafri boleh
menghubungi nombor tertera atau tekan link di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan