Dalam
mengejar kesibukkan dunia, jangan kita alpa dengan keperluan akhirat. Apa yang
ada di dunia ini adalah sementara. Di dunia sementara ini lah peluang untuk
kita menambah keperluan di akhirat kelak.
Kerana
syurga itu bukan percuma, kita harus persiapkan keperluan untuk kehidupan di
syurga yang abadi. Di dunia inilah kita persiapkan segala-galanya sementara
kita masih berpeluang hidup di dunia ini.
Nikmat
nyawa yang dikurniakan ni harus kita guna sebaiknya. Apabila kita meninggal
dunia, tiada apa lagi yang boleh kita lakukan. Apa yang boleh dibawa hanyalah
amalan kita semasa di hidup.
Sementara
kita masih ada peluang hidup di bumi Allah ni, ayuh sama-sama kita bersedekah
dan beramal dengan apa yang disukaiNya. Antara amalan yang berterusan pahalanya
mengalir salah satunya adalah bersedekah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan