Ahad, 19 Jun 2022

BOLEH AMAL BERFIKIR SECARA MANTIK

 
Mantik satu cabang berfikir berasaskan logik. Pada dasarnya pengertian ilmu mantik telah banyak didefinisikan oleh para ulama dan pakar ilmu mantik dengan pengertian yang pelbagai, miskipun pada hakikat dan tujuannya adalah sama iaitu mengungkapkan makna mantik sebagai suatu kata yang difahami secara jelas untuk sebuah disiplin ilmu.

Ilmu mantik merupakan bahasa Arab dan merupakan terjemahan dari kata logika. Oleh sebab itu ilmu mantik juga biasa disebut sebagai ilmu logika.

Terdapat beberapa perselisihan pendapat tentang hukum mempelajari ilmu ini.

Haram
Pendapat Imam Ibnu Solah dan Imam An-Nawawi, tetapi dijelaskan bahawasanya kedua-dua imam ini mengharamkan untuk dipelajari ilmu ini sekiranya dicampur dengan masalah-masalah falsafah yang membawa kepada kekufuran dan keraguan dari sudut aqidah.

Kedua-duanya juga berpendapat dengan mempelajari ilmu ini boleh diambil faedah daripadanya untuk menguatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah dan menolak segala syubhat yang dilontarkan oleh musuh-musuh Islam.

Fardu Kifayah
Umat Islam seluruhnya dan harus ada sekumpulan manusia yang mempelajarinya sehingga mampu untuk mempertahankan agama Islam menangkis segala bentuk syubhat dan tohmahan yang dilontarkan terhadap agama Islam.

Ulama yang menerima ilmu mantik ialah:
- Ibn. Rusyd - wajib hukumnya selagi tidak bercanggah dengan landasan Islam.
- Imam al-Ghazali - hukumnya adalah harus.
- Al-Farabi - tidak menjadi kesalahan mempelajarinya.
- Ibn Sina - tidak menjadi kesalahan mempelajarinya.
- Ibn. Hazm - menerima dengan positif dan beliau sendiri mempelajarinya.
- Jumhur ulamak - hukum mempelajarinya adalah fardu kifayah.

Antara sebab berlaku perbezaan pendapat ialah kerana ia mengambil kira keadaan masa, zaman dan suasana semasa. Tetapi di sini, jelas menunjukkan ulama-ulama besar kita dahulu menganggap mempelajari ilmu mantik adalah haram dan jatuh kafir. 

Manakala ulama-ulama yang menerimanya, hanya Ibn Rusyd yang menganggap wajib sementara yang lain hanya sekadar harus atau dibolehkan.

Ini boleh menjelaskan mengapa kebanyakan daripada ajaran, tafsiran dan hukum-hakam mereka tiada penekanan ke arah kepentingan ilmu pengetahuan berunsur sains walaupun tuntutan untuk mencari ilmu ini jelas terdapat di dalam al-Quran.

Kita harus bersyukur, walaupun terdapat imam dan ulama-ulama besar Islam yang mengharamkan ilmu mantik, masih ada ahli-ahli sains dan cendekiawan Islam, yang sebahagian daripada mereka adalah ulama yang mementingkan ilmu pengetahuan duniawi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan