Selama enam bulan bercampur dan menyamar
menjadi komunis. Inspektor Sia Boon Chee adalah pegawai polis dari Cawangan
Khas (SB). Namun atas keberanian dan kecerdikannya, Boon Chee berjaya
‘menyeludup’ masuk ke kem pengganas dan menyamar sebagai seorang anggota
komunis yang setia.
Pada April 1981, iaitu setelah enam bulan menyamar sebagai anggota komunis dan tinggal di dalam hutan, beliau telah
diberikan tugas mencabar untuk memberkas anggota komunis yang bersembunyi di
situ. Selama tiga minggu berturut-turut, Boon Chee dan rakan-rakannya menunggu
di dalam hutan Slim River, iaitu dari pukul 7 pagi hingga 7 malam, menantikan
kehadiran ‘mangsa’ mereka.
Pada 30 April tahun yang sama, mereka
akhirnya terserempak dengan satu kelibat manusia berjalan ke arah kedudukan
mereka. Ketika itu jam sudah menghampiri pukul 7 malam. Boon Chee yakin lelaki
itu adalah Choong Peng, ketua pengganas komunis yang paling ganas dan paling
dikehendaki pihak berkuasa.
Walaupun hari semakin gelap, namun Choong
Peng dapat merasakan kehadiran anggota keselamatan yang datang untuk
membunuhnya. Choong Peng kemudian terus mengeluarkan pistol yang terselit di
pinggangnya, namun belum sempat apa-apa Boon Chee berjaya menembak mati Choong
Peng.
Atas keberanian Boon Chee yang sanggup
mempertaruhkan nyawanya menyamar sebagai anggota komunis dan menembak mati
ketua kumpulan pengganas itu, Boon Chee dianugerahkan pingat tertinggi negara
Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu, Sultan
Ahmad Shah pada 1 Jun 1983. Beliau bersara dari PDRM pada tahun 1994 dengan
pangkat DSP dan kemudian membuka firma guamannya sendiri setelah lulus Ijazah
Undang-undang.
Sumber: FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan