Siput sedut telah menjadi sumber makanan kita sejak dahulu lagi, ianya sedap dimasak lemah bersama belimbing, batang keladi dan sebagainya. Khazanah bumi alam semula jadi ini amat memerlukan perhatian manusia agar tidak pupus ditelan masa kerana memakan siput sedut masih menjadi satu keajaiban yang perlu kita renungkan.
Bahan organik yang di dalam air sungai,
lumpur dan air laut menyimpan rahsia permakanan siput. Lendir siput sedut
mempunyai khasiat untuk membendung keluarnya darah dari luka akibat terkena
parang atau benda tajam lain.
Selain itu amalan memakan siput sedut
sungai ini akan memboleh kita terhindar dari penyakit buasir, dan mampu
meningkatkan kolagen dalam tubuh kita menyebabkan kulit menjadi halus.
Sebab itulah nenek moyang kita dahulu amat
suka memakan siput sedut kerana masa itu belum ada hospital atau salon
kecantikan, dengan mengamalkan memakan siput sedut ini dapat menjaga kesihatan
tubuh mereka.
Gulai siput sedut
Bahan-Bahan
- Siput sedut
- Santan
- Bawang merah
- Lengkuas
- Kunyit
- Cili kering
- Asam keping
- Daun kesum
- Santan
- Bawang merah
- Lengkuas
- Kunyit
- Cili kering
- Asam keping
- Daun kesum
Cara-Cara
- Bersih siput dan potong sikit bahagian belakang/ekor
- Kisar bawang merah, lengkuas, kunyit, cili kering dengan sedikit santan.
- Campur bahan yang dikisar dengan sebahagian lagi santan dalam periuk.
- Masak hingga mendidih
- Masukkan siput, asam keping, daun kesum, garam dan gula secukup rasa
- Biarkan mendidih dalam 5-10 minit dan tutup api. (Jangan terlalu lama di atas dapur nanti susah nak sedut)
- Sedia dihidangkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan