Kisah ini sudah 25 tahun berlalu. Ya...
kisah lama tetapi masih ada kaitan dengan masa sekarang. Kisah sekadar untuk
renungan bersama.
Ambo pernah bertugas di luar Kelantan. Di
satu negeri yang jauh. Sekadar dua tahun sahaja.
Pasukan tempat ambo bertugas akan membuat
pindah alih melibatkan satu pasukan yang melibatkan kira-kira 400 orang anggota.
Bagaimanapun, mana-mana anggota yang ingin kekal bertugas di situ boleh membuat
permohonan dan namanya akan dipindahkan masuk ke pasukan baharu yang akan
berpindah ke situ.
Ketika tawaran pertukaran unit dibuka
(kekal di tempat asal) ada anggota yang risik-risik tanya kepada ambo tentang
negeri Kelantan yang mana bakal menjadi tempat bertugas mereka.
Mereka berasa agak sukar untuk berubah meninggalkan
perangai buruk. Mereka tidak malu untuk mengaku selalu langgan pelacur, minum
arak dan berjudi. Paling tidak pun mereka ingin berdisko.
Maka ambo katakan, itu semua sukar untuk
dilakukan di Kelantan. Bahkan, peluang untuk melakukan boleh dikatakan tertutup
langsung.
Bagaimanpun, individu yang bertanya itu
tidak diluluskan untuk kekal di tempat asal. Dia dan beberapa rakan kena juga
berpinda tempat bertugas, tetapi kekal bersama dengan unit asal yang secara
konsepnya berpindah satu pasukan.
Selang dua minggu berpindah (proses
keseluruhan mangambil masa kira-kira sebulan kerana melibatkan seluruh anggota
dan ahli keluarga), anggota yang bertanya mengenai negeri Kelantan itu datang
bertemu ambo.
Dengan senyum dia berkata, kalau tidak cari
memang tidak jumpa. Di Kelantan ni sama sahaja dengan negeri lain. Hanya tidak
nampak terang-terang.
Tambahnya, dalam dua minggu dia telah
berjumpa tempat untuk berjudi, minum arak, berdisko dan langgan pelacur. Lengkap
.... sama ada mahu atau tidak sahaja. Demo tidak cari memang tidak jumpalah.
Ambo terdiam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan