Ambo diajar dan diasuh untuk menyokong
parti. Setia pada parti dan pemimpin yang dipilih. Sesiapa yang dipilih untuk
menerajui parti dari peringkat tinggi sehingga paling bawah, ambo beri taat dan
kesetiaan.
Ada individu yang ketika ambo sudah menjadi
jurulatih, fasilitator, penceramah, terlibat dalam politik dan sebagainya, dia
baharu tamat SPM. Ambo mengendalikan kursus kepimpinan belia untuk dia dan
rakan-rakannya selama dua minggu.
Hari ini, individu tersebut telah berada
pada satu tahap yang lebih baik dan tinggi dalam kedudukan parti, kelulusan dan
kemahiran berbanding ambo. Ambo bersyukur dan tumpang berbangga dengan kejayaan
yand dia capai. Dan selaku ahli parti, ambo menghormati kedudukannya sebagai
pemimpin.
Begitulah dalam soal lain, terutama dalam soal
penentuan calon pilihan raya. Tentu sekali ambo ada calon pilihan sendiri,
tetapi ambo tidak perlu persoal atau mempersoalkan sesiapa sahaja yang dipilih
oleh pucuk kepimpinan untuk memjadi calon parti.
Kerja ambo dalam parti adalah untuk parti,
bukan untuk individu. Pemimpin atau ahli parti boleh pergi dan datang bertukar
ganti, tetapi parti tetap satu. Tidak berubah dan tetap setia.
Maka, sesiapa pun dipilih menjadi calon,
ambo sokong sepenuh hati. Ambo ore parti menyokong sesiapa sahaja yang dipilih
oleh parti.
Kalau kita bekerja hanya untuk individu
tertentu, maka tentu sekali dalam parti ada banyak calon. Kalau masing-masing
hanya bekerja untuk calon pilihannya, maka sokongan ahli akan berpecah kepada
banyak individu. Jika ini berlaku, tentu sekali parti akan berpecah.
Sekiranya kita pakat-pakat sokong parti,
maka hanya ada satu sahaja parti yang kita sokong iaitu UMNO atau dalam konteks
pilihan raya adalah Barisan Nasional.
Marilah kita bersama-sama membina jati diri
bahawa kita adalah penyokong dan tulang belakang parti. Sesiapa pun menjadi
calon parti kita, maka kita mesti sokong dan membantu aktiviti berkaitan
pilihan raya untuk memenangkan parti kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan