Hidup ini berjalan terus dan mengubah
pendirian tanpa kita ingat kerana kita mudah lupa. Sebab itu, kita sering
berkata ‘ya’ kepada perkara yang pernah kita kata ‘tidak’. Kita bertukar suka
kepada perkara yang dahulunya kita amat benci.
Memahami situasi tersebut, kita perlu
berhati-hati dalam menyatakan pendapat dalam sesuatu perkara. Jangan mudah
membuat andaian dan keputusan. Kelak ia akan memakan diri sendiri.
Dalam era media sosial sekarang ini, banyak
individu mahu melonjakkan diri pada kedudukan yang tinggi dalam memberi
pendapat. Mengatakan itu dan ini mempersoalkan pemikiran dan tindakan orang
lain.
Kononnya, dialah paling betul dan hebat.
Dialah serba tahu dan berfikiran waras. Habis orang lain dianggap hilang akal
dan hilang pertimbangan.
Menyalahkan orang lain kononnya pentingkan
diri. Orang lain tidak pentingkan agama, bangsa dan negara. Orang lain dianggap
pengkhianat. Maka diajak orang lain agar menghukum orang itu.
Beringat-ingatlah ketika menulis di media
sosial. Orang lain membaca dan akan menilai kita, seperti mana kita menilai
orang lain. Bezanya, orang yang bijaksanan menilai dengan hati yang tenang.
Tidak menzahirkan pendapat mereka membabi buta, yang mungkin betul dan mungkin
juga salah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan