Politik bukan sahaja soal sokongan dan
angka. Ia juga berkaitan kematangan berfikir dan bertindak. Politik adalah seni
menguruskan sumber-sumber sehingga mencapai matlamat mewujudkan kebaikan.
Satu perkara yang dilihat pada pandangan
kasar satu perkara merugikan, mungkin tersirat padanya kebaikan dan keuntungan
jangka panjang. Inilah yang dapat kita pelajari dari sejarah Perjanjian
Hudaibiyah.
Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah ikutan
seluruh muslim dari dahulu sampailah ke hari kiamat. Berbanggalah menjadi umat
Nabi Muhammad SAW yang dilebihkan kedudukan daripada semua umat nabi-nabi lain.
Rasulullah SAW memberi contoh tauladan
dalam semua perkara untuk diikuti umatnya dan juga seluruh manusia.
Kita dapat pelajari bagaimana baginda
menguruskan hubungan dengan pihak musuh, khususnya kaum Quraisy apabila
dihalang untuk melakukan umrah pada tahun ke-6H.
Sewaktu umat Islam semakin kuat dan Quraisy
sudah semakin lemah, namun Quraisy masih memiliki pengaruh dan kedudukan dalam
catur kuasa di Semenanjung Tanah Arab, Nabi SAW mengambil keputusan untuk
berunding dengan Quraisy.
Nabi SAW memilih menghantar Uthman al-Affan
sebagai perunding dengan kaum Quraisy yang dilihat lebih lembut dan tenang. Ini
kerana tujuan rundingan adalah bagi mencapai titik pertemuan, bukan
pertentangan, tanpa menggadaikan prinsip.
Ketika melakukan rundingan, bahasanya harus
lunak, fikirannya mesti tajam melihat jauh ke hadapan. Jauhi sikap angkuh dan
ingin tunjukkan kekuatan. Itu amat penting kerana beradu kekuatan ketika
rundingan hanya akan menggagalkan dan mendatangkan perkara sebaliknya.
Hasil rundingan, maka satu perjanjian
dirangka. Kandungan perjanjian tersebut yang kemudiannya dikenali Perjanjian
Hudaibiyah adalah:
- Gencatan senjata selama 10 tahun.
- Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
- Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
- Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian atau persahabatan dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
- Orang Islam hanya dibenarkan memasuki Mekah pada tahun hadapannya dan disyaratkan hanya membawa senjata bersarung dan berada di Mekah tidak lebih daripada tiga hari.
Pada mulanya para sahabat terutama Saidina
Umar al Khattab mempertikaikan syarat-syarat perjanjian itu kerana kelihatan
merugikan orang-orang Islam. Rasulullah pula melihat apa yang tersirat dari
yang tersurat lantas bersetuju dengan syarat tersebut.
Perjanjian Hudaibiyah merupakan perjanjian
damai di antara pihak Quraisy Mekah dengan Rasulullah yang berlaku pada bulan
Zulkaedah tahun ke 6 hijrah (Mac 628). Perjanjian Hudaibiyah ini dinamakan
sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani iaitu di perkampungan
Hudaibiyah.
- Gencatan senjata selama 10 tahun.
- Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
- Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
- Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian atau persahabatan dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
- Orang Islam hanya dibenarkan memasuki Mekah pada tahun hadapannya dan disyaratkan hanya membawa senjata bersarung dan berada di Mekah tidak lebih daripada tiga hari.
Ketika krisis politik yang melanda sekarang, ambil jalan penyelesaian dengan hati yang terbuka. Mungkin ada yang bertentangan dengan prinsip parti, tetapi terima dan lakukan ia dengan berlapang dada untuk demi kebaikan agama dan bangsa.
Apa guna berpegang kepada prinsip jika keadaan menjadi lebih buruk yang kemudiannya prinsip yang dipertahankan itu tidak membawa apa-apa erti lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan