Ahad, 18 Disember 2022

TINDAKAN SEMASA MENGHADAPI BANJIR

 
Banjir satu bencana yang perlu dihadapi dengan tenang, tetapi pantas bertindak. Lakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Kepada penduduk di kawasan sering dilanda banjir, bersedia apabila diarahkan berpindah. 

Di sini dikongsikan catatan berdepan bencana banjir.

Sekarang pukul 1945H 18 Dis 2022. Hujan masih turun. Bermakna air semakin naik. Air mula masuk ke dalam rumah 1515H 18 Dis 2022. Sudah empat jam berada di dalam rumah yang dimasuki air.
 
Barang-barang di dalam rumah diangkat diletakkan di tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Ada juga yang telah rosak. Itu sudah adat terkena bencana banjir.
 
Kereta tidak sempat dipindah di tempat selamat. Sekadar sempat dipindahkan ke tampat yang lebih tinggi, tetapi masih tidak selamat. Semasa ditinjau kira-kira setengah jam lalu, air sudah ada sedikit di bahagian dalam.
 
Tidak pasti bila hujan akan berhenti. Mungkinkah proses mengangkat dan menyusun barang perlu diteruskan sehingga tengah malam? Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.
 
Beginilah banjir....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan