Sabtu, 7 Januari 2023

PINJAM 1000 TETAPI MAHU BAYAR 100 SAHAJA

 
Hari ini dapat WhatsApp tawaran pinjaman. Pesanan tersebut berbunyi, hari ini kami promosi sempena tahun baru cina. Pinjam 500 bayar 550, pinjam 1000 bayar 1100.
 
Ambo jawab, Ingatkan pinjam RM500 bayar RM50 sempena Tahun Baharu cina.
 
Dia balas, Tidak tuan, mana boleh macam tu tuan. Tuan berminat kah?
 
Ambo balas balik, kira macam angpau lah
 
Cepat-cepat dia balas, Itu promosi pinjaman yang kami tawarkan tuan. Pinjam 1000 bayar 1100.
 
Ambo pun balas cepat juga, Kalau pinjam 1000, bayar 100, saya hendak sekarang juga
 
Dengan sopan dia jawab, Apalah untung syarikat klau mcmtu tuan. Kami mau cari untung juga bukan kerugian.
 
Itu selingkar kisah hari ini. Pemberi pinjam memang agrasif mencari pelanggan. Entah dari mana dia dapat nombor ambo.
 
Satu lagi perkara, mereka ini memang menggunakan bahasa atau perkataan yang baik-baik untuk mencari pelanggan. Bila kita balas, terus mendapat jawapan balas pula.
 
Pakat fikir sendirilah......

2 ulasan:

  1. tak payahlah pinjam, melainkan betul betul terdesak. dulu pinjam 1,000 yang dapatnya 800. Duit 200 lagi tu wang proses. Bila bayar balik rm 2,400. Amacam! 3 kali ganda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak pinjam 1000 bayar 100 aje ni... dia tidak kasi

      Padam