Sintar adalah sejenis burung. Terdapat
beberapa jenis burung sintar seperti sintar api (Rallina fasciata), sintar dada
kelabu (Rallus striatus), sintar merah (Rallus eurizonoides) dan beberapa jenis
lain.
Burung sintar tinggal dikawasan paya yang
berumput. Iaoleh berlari laju di atas lumpur menggunakan kaki yang panjang. Badannya
lebar dan bersayap dengan ekor yang pendek. Ia memakan bijirin ,serangga dan
juga siput.
Burung sintar mempunyai jenis yang suka berpindah
pada jarak yang jauh. Terbang tinggi secara berkawan. Burung jenis ini boleh
berhijrah hingga seluruh Eropah, Afrika Utara dan sekitar benua Asia (The World
Book Encyclopedia, World Book International,1995, halaman 96).
Ia akan membuat sarang di kawasan berumput
atau semak samun yang tumbuh d idalam air.
Salah satu cara mendapatkan burung sintar
ini adalah dengan mengajuk menggunakan pipit. Pipit sintar ini menggunakan daun
pokok tal. Ada cara tersendiri untuk meniup pipit ini supaya merdu. Bunyi yang
merdu boleh menarik burung sintar ini turun ke tanah.
Pada masa dahulu, aktiviti memanggil atau
menangkap sintar agak popular untuk mendapatkan dagingnya. Daging sintar ini
enak dimasak asam atau dibuat gulai pekat.
Namun kini, aktiviti menangkap sintar ini sudah
tidak dijalankan lagi Ini kerana sintar adalah burung yang terpelihara di bawah
Akta Perlindungan Hidupan Liar. Menangkap dan memelihara sintar adalah menjadi
satu kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan