Biasanya kalau masuk kawasan berbukit dan
tiada jalan bertar, kenderaan pacuan empat roda digunakan. Banyak keistimewaan kenderaan pacuan empat roda untuk meredah jalan yang sukar dilalui.
Tetapi, ada kawan kata dia guna pacuan dua roda sahaja
untuk masuk kawasan berbukit dan tiada jalan bertar. Malah pacuan dua roda lebih handal dan
lebih mudah untuk mendaki bukit yang curam. Kalau setakat kecuraman 70 hingga
80 darjah boleh dicuba dengan mudah.
Bahkan, kalau masuk dalam air paras 1 meter
lebih pun boleh. Tiada masalah langsung.
Katanya, tiada perlu ubah suai pacuan dua roda untuk
melalui kawasan itu dengan mudahnya. Apa yang penting ada kesanggupan dan
keberanian.
Tambahnya lagi, tenaga mesti lebih. Pakai
apa yang sesuai. Boleh terus jalan. Kalau letih, kenalah berehat sebentar. Jangan
dipaksa-paksa.
Dia berikan gambar ketika berehat jenis pacuan dua roda. Katanya, gunalah dua kaki dan dua tangan.
Maka, berdasarkan kepada pengalaman ambo
sendiri, memang pacuan dua roda ini memang boleh melakukan sepenuhnya seperti yang dikatakan oleh
kawan ambo itu. Memang hebat dan tidak disangkal lagi.
Ambo perlu guna pacuan dua roda meredah hutan
berpuluh-puluh kilometer, termasuk menaiki bukit dan menuruni bukit yang curam,
laluan sempit di permatang dan meredah sungai berbatu besar. Itu semua adalah
pengalaman pacuan dua roda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan